Nabila Razali merupakan nama yang tidak asing lagi meskipun dilanda dengan pelbagai kontroversi dan dugaan sepajang dia begelar anak seni.

Namun, baru-baru ini dia sekali lagi dilanda dugaan apabila dia tidak dapat beraksi di separuh akhir muzik-muzik 35 yang sepatutnya berlangsung pada Ahad lalu.

Dua Hari Menangis?

Nabila Razali meluahkan rasa kecewanya apabila dia tidak dapat mendendangkan lagu Peluang Kedua di SFMM 35 sehingga dia dikatakan menangis selama dua hari mengenangkan perkara tersebut.

Kata Nabila, dia memang dah lama berhajat untuk mempertaruhkan bakat nyanyiannya di pertandingan berprestij, namun sehingga kini dia masih belum ada rezeki untuk berada pada tahap tersebut.

Sentiasa Dikecam

Walaupun sentiasa dikecam bersuara sumbang oleh netizen, namun dia tetap percaya yang masih ada hikmah di sebalik apa yang berlaku pada dirinya.

“Saya sedih tak dapat nyanyi lagu sendiri. Sebab saya tunggu dari lagu Pematah Hati lagi, tapi tidak ada rezeki. Apabila lagu Peluang Kedua dapat ke SFMM 35, dapat tahu pula saya tak boleh nyanyi.

“Tentu saja saya sedih. Dua hari saya nangis. Memang ‘broken heart’. Saya percaya semua ini ada hikmah.

“Mungkin tak nampak sekarang. Lagi pula proses ini panjang yang mana membabitkan latihan dan sebagainya. Kalau saya buat juga mungkin saya tak boleh beri komitmen dan akhirnya tidak dapat berikan apa yang sepatutnya,” katanya.

Tambahnya, keputusan tersebut terpaksa dibuat bagi menjaga hati peminat agar tidak menghampakan mereka.

“Kalau peminat saya dengar dan hasilnya tidak seperti diharapkan ia akan menghancurkan hati mereka pula. Biarlah hati saya hancur awal daripada banyak lagi benda datang kemudian,” katanya lagi.

Bukan Gimik

Nabila mendedahkan ianya dilakukan bukanlah disebabkan gimik semata-mata, namun memang benar yang dirinya tidak begitu sihat.

“Sebab keadaan sekarang bukan main-main atau gimik. Ini memang membabitkan kesihatan saya.

“Kalau saya bagi kata-kata orang itu sebaliknya apa yang saya kena buat, mungkin perkara ini akan merosakkan kesihatan sendiri.

“Kalau betul orang cakap saya takut dan kena buat persembahan juga, bayangkan kalau saya buat juga dan itu malam terakhir boleh nyanyi, sedih untuk saya tapi ada orang lain yang seronok.

“Ini adalah punca pendapatan saya. Jadi saya fikir keadaan sekarang sebelum ia lebih teruk,” tegasnya.

Alahai kesian pulak dengar luahan hati Nabila ni. Smoga cepat sembuh ya Nabila!