Ekonomi yang semakin merosot, rakyat ditindas, kes Covid-19 harian semakin meningkat, semua perkara ini boleh membuat sesiapa sahaja bengang dengan kerajaan terkini Malaysia.
Termasuklah pelakon dan usahawan Aeril Zafril. Pelakon drama Seindah Tujuh Warna Pelangi itu baru-baru ini membuat perkongsian di Instagram miliknya dimana dia menegur sikap segelintir pemimpin negara ini.
Teguran pedas
Di dalam perkongsian tersebut, Aeril Zafril atau nama sebenarnya Suhairil Sunairi, mengingatkan bahawa tugas para pemimpin akan disoal pada hari akhirat.
“Wahai ketua atau pemimpin negara. Apa yang anda lakukan hari ini jika baik ataupun tidak, akan anda dipertanggungjawabkan pada hari akhirat kelak.
“Sudah sediakah anda menjawab soalan malaikat Munkar dan Nakir dalam alam kubur nanti?” tulis Aeril.
Tambahnya di kapsyen perkongsian tersebut, dia mengingatkan dirinya supaya “tag” ketua atau pemimpin negara.
Bukan dia seorang
Meninjau pada ruangan komen, terdapat beberapa selebriti yang turut setuju dengan perkongsian tersebut.
“Adakah mereka kisah sekiranya kita tag? Kes bunuh diri makin tinggi. Rakyat Malaysia sengsara sampai tahap nak ambil nyawa sendiri,” komen pelakon drama Seadanya Aku, Sharifah Husna.
“Tidak ada mood nak tag insan-insan agung itu,” tulis pelakon telefilem Pen Merah Pen Biru, Nazim Othman.
Namun ada juga netizen yang tidak setuju dengan kenyataan Aeril dan menyatakan situasi Covid terkini ini bukan sahaja salah kerajaan tetapi juga salah rakyat.
Sampai ke tahap buat senarai 25 perkara dimana rakyat gagal ketika wabak Covid-19 ini.
Jadi benar ke teguran Aeril situasi terkini hanya tanggungawab kerajaan, ataupun sebenarnya rakyat juga perlu berasa salah situasi Covid-19 kini semakin teruk? Ikut pada masing-masing.