Usahawan kosmetik Nur Sajat sejak dua menjak ini kerap menjadi tumpuan utama media. Tambah pula ada beberapa laporan yang mengatakan dia kini dalam buruan pihak berkuasa.

Dalam pada kontroversinya dengan pihak berkuasa masih lagi belum selesai, nampaknya usahawan kosmetik ini telah menimbulkan lagi satu hal.

Lebih afdal

Menerusi laoporan Harian Metro, satu video pendek yang tidak pasti bila dimuat naik telah memaparkan pengakuan Sajat yang seolah-olah berniat untuk menukar agama.

Berikut merupakan kata-kata yang telah disebut oleh Sajat menerusi video pendek yang berdurasi 1 minit 48 saat itu.

“Saya baca, tak salah kita buat research (kajian) agama lain kan? Sebab kita tak ada buat apa-apa, lepas itu orang nak salahkan kita teruk.

“Lepas Jais (Jabatan Agama Islam Selangor) keluarkan statement (kenyataan) itu, saya dah malas nak fikir.

“Saya cakap ini bukan saya nak mengugut ke tak. Secara sumpah demi nama saya, nama ayah saya, nama mak ayah saya, saya dah taknak menjadi orang Islam (sambil menggelengkan kepalanya dalam klip video itu).

“Saya keluar daripada agama Islam. Itu lebih afdal. Saya tak main-main, saya cakap betul.

“Mereka yang buat saya jadi saya nak keluar daripada Islam. Saya tak main-main, saya cakap betul.

“Mereka yang buat saya nak keluar daripada Islam. Mereka buat saya lebih jauh daripada Islam…dengan benda yang macam ini, dorang (mereka) buat saya, mungkin dorang (mereka) ingat dorang (mereka) boleh bagi iktibar…bukan.

“Saya lebih takut dan saya rasa lebih baik keluar daripada agama ini. Sebab saya lahir pun dalam Islam dan saya ikut sahaja apa yang mak saya ajar, saya buat.

“Rupa-rupanya…tak tahulah,” ujarnya.

Bukan jalan penyelesaiannya

Video tersebut secara tidak langsung telah mendatangkan kekecohan dalam kalangan netizen, sehingga menyebabkan PU Syed Mohd Bakri tertarik untuk mengulas mengenai isu berkenaan.

Menerusi laman Instagramnya, PU Syed mempersoalkan tindakan Sajat yang seolah-olah menyalahkan orang lain sehingga mendesaknya untuk berbuar demikian.

Tambahnya, Sajat patut meletakkan kesalahan di atas bahunya sendiri, yang semakin hari semakin hanyut dengan kemewahan yang dimiliki.

“Murtad bukan jalan penyelesaian kepada masalah yang Encik Sajat hadapi,” tulisnya.

Hmm, harapnya Sajat tabahlah menghadapi semua dugaan ni.