Baru-baru ni, Remy Ishak ada post beberapa keping gambar di laman Instagramnya yang mempamerkan barisan pelokan-pelakon untuk filem Bakara yang terdiri daripada Bront Palarae, Shaheizy Sam, Alif Satar, Hairul Azreen termasuk dirinya sendiri.

Melihat filem tersebut terdiri daripada barisan pelakon-pelakon hebat tanah air, rata-rata netizen sepertinya teruja dan tak sabar untuk filem itu ditayangkan.

Tapi dalam kalangan keterujaan netizen, ada juga yang menyuarakan pendapat mereka yang kurang senang dengan barisan pelakon-pelakon tu.

Barisan hebat pelakon tanah air bergambar bersama sebatang kayu

Tweet yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter mendapat perhatian ramai apabila dia mengatakan bahawa dalam gambar tersebut merupakan barisan hebat pelakon tanah air bergambar bersama sebatang kayu.

Tweet itu juga mendapat sambutan warga Twitter lain yang kebanyakannya mempunyai pendapat yang sama.

Imej dari: Cari

Siapa kayunya?

Ada juga yang menyoalkan siapa kayunya dan berdasarkan komen, ramai yang mengatakan Hairul Azreen adalah kayunya. Oh my!

Imej dari: Cari

Sempat juga ada beberapa warga Twitter lain yang memberi pendapat pelakon mana yang lebih sesuai untuk menggantikannya.

Imej dari: Cari

Difahamkan pula filem tersebut akan mula penggembaraan pada bulan Jun tahun depan.

Alahai, ada saja la netizen ni. Bagi korang semua, okay ke tak barisan pelakon-pelakon Bakara ni? Apapun, harapnya tak adalah yang koyak dengan pendapatnya. Jangan koyak gais!