Zaman sekarang ini, populariti boleh dikatakan adalah segala-galanya untuk mereka yang bergelar anak seni, tak kiralah penyanyi, pelakon mahupun pelawak kerana bagi mereka, populariti boleh mengukur sejauh mana peminat mengenali mereka.
Kebiasaannya, kalau lagi popular, lagi banyak job mereka dapat. Lagi banyak job, lagi banyak duit masuk. Tapi lain pula bagi pelakon Aiman Hakim Ridza yang katanya dia tak hadap populariti.
Jangan undi
Aiman ada memuat naik instastory yang meminta peminatnya untuk tidak mengundinya bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32. Katanya, dia ingin fokus pada perkara lain dahulu. Namun Instastory Aiman itu telah disalah ertikan oleh ramai orang.
Minta maaf, elak pergaduhan
Walau bagaimanapun, Aiman sudah meminta maaf.
Menurutnya, dia sendiri telah meminta maaf kepada pihak yang terlibat dengan isu ini. Niatnya hanyalah untuk tidak terlibat dalam anugerah seperti itu.
Tambahnya lagi, fokusnya sekarang ialah untuk pertandingan yang lebih bermakna untuk dirinya. Ini juga adalah usaha untuk mengelak pergaduhan antara kelab peminat artis lain dalam mempertahankan artis mereka. Disebabkan itu, dia tidak berharap untuk menang anugerah popular yang menurutnya ‘tidak bererti’ ini.
Sudah namanya artis kan, tak kiralah apapun, populariti itu adalah salah satu elemen penting untuk kerjaya seni. Kalau tak popular, terpaksalah cari kerjaya lain.