Setelah tali pertunangan yang telah dimeterai pada 23 November 2019 di Bali, Indonesia, akhirnya pasangan Risteena dan Isa Khan akan beralih ke peringkat yang seterusnya!

#12321

Pasangan bagai pinang dibelah dua ini mengumumkan tarikh bahagia mereka menerusi satu video pendek yang telah dimuat naik menerusi sebuah entri di Instagram.

“Kami ambil kesempatan ini untuk beritahu semua orang insya-Allah pada 12 Mac 2021, saya dan Risteena akan diijabkabulkan.

“Jadi kami ingin mohon doa dari yang mengenali dan tidak mengenali agar mendoakan urusan kami dipermudahkan sampai ke hari bahagia,” ujar Isa di video tersebut.

Khas untuk Risteena

Dalam perkongsian video yang sama, Isa turut menyatakan bahawa pasangan itu sedang dalam proses shooting musik video terbaru Isa untuk sebuah lagu khas yang dihasilkannya untuk Risteena yang bertajuk ‘Karunia Terhebat.

Sebelum ini, majlis perkahwinan pasangan itu yang sepatutnya diadakan pada 21 November tahun lalu, terpaksa ditundakan disebabkan oleh pandemik Covid-19.

Wahh! Tahniah kepada Isa Khan dan Risteena! Semoga segala urusan dipermudahkan.