Antara usahawan yang berjaya dalam dunia kosmetik, Aliff Syukri sentiasa mengejutkan rakyat Malaysia dengan pembelian barangan yang harganya tak masuk akal. Dari beg sampai pakaian yang berharga ratusan ribu, semuanya disambar oleh Aliff.
Walaupun kadang-kadang menerima kecaman yang melampau oleh netizen, Aliff Syukri tetap menayang kemewahan beliau di media sosial. Namun, ada cerita di sebalik hobinya yang memakan duit ini.
Kesusahan dijadikan inspirasi
Ramai netizen yang hairan kenapa Aliff selalu berbelanja mewah. Aliff menjelaskan bahawa dia tidak mampu membeli barangan ini ketika dia melalui kesempitan hidup dulu, dan sekarang dia mampu beli apa sahaja dengan hasil titik peluh sendiri.
Hari ini, Aliff Syukri membeli apa sahaja pakaian yang menarik di matanya. Beliau juga dikatakan pernah berbelanja RM200,000 di kedai ‘Louis Vuitton’ dalam masa satu jam sahaja.
Kisah yang lucu
Dalam satu gambar yang menayangkan sehelai seluar dalam berjenama ‘Versace’ yang dimuat naik oleh Aliff di Instagram, beliau menceritakan yang dulu dia hanya mampu membeli seluar dalam yang berharga RM10 untuk 3 helai. Sekarang jangan cakaplah berapa harga seluar dalam dia, kan?
Hakikatnya, walaupun nampak seperti seseorang yang berlagak dan suka menayangkan kekayaan, sebenarnya Aliff hanya ingin membelanjakan rezeki yang beliau terima. Apa yang Aliff buat langsung tidak salah, janji tidak pakai duit rakyat…