Youtuber saluran memasak yang terkenal kerana fasih berbahasa Melayu, Sugu dan Pavithra kini menjadi bahan bualan di media sosial sehinggakan ada setengah pihak yang tidak bertanggungjawab membuat akaun palsu dengan menggunakan nama mereka.
Meraih pengikut menggunakan nama mereka
Ramai yang cuba menyamar sebagai pasangan yang terkenal itu kerana ingin meraih jumlah pengikut yang ramai dalam masa singkat memandangkan pasangan itu kini menjadi popular kerana rancangan memasak mereka di Youtube.
Menafikan ada akaun media sosial lain selain Youtube
M Pavithra telahpun membuat satu video di laman Youtubenya mengakui yang dia tidak ada akaun media sosial lain selain daripada saluran Youtube di mana dia berkongsi resepi dan cara memasaknya kepada orang ramai.
Perkara ini telah merosakkan reputasi mereka dan pasangan ini meminta pihak yang bertanggungjawab memadam akaun-akaun tersebut.