Bekerja dalam industri hiburan ini bukanlah senang, ada juga perkara yang dikatakan menindas anak-anak seni tempatan.

Bagi pelakon Nazia Mustafar, tawaran yang diberikan oleh pihak produksi ini seperti tidak masuk akal baginya.

Bahasa kurang ajar

Menerusi laman Instagramnya, Nazia meluahkan rasa bengangnya apabila ditawarkan RM 1 500 untuk 28 babak dalam masa empat hari.

Pelakon tersebut juga mengatakan bahawa dia tak pernah marah tapi ayat yang dilontarkan oleh pihak produksi itu membuatkan dirinya melenting.

Next time nak call artis nak bagi job, kenal pasti siapa artis tu. Tolonglah ya, aku tak pernah marah tapi kali ni melampau.

“Lepas tu bahasa agak kurang ajar, ‘tak nak tak apalah, ramai artis yang nak’. Biadap betul,” tulis Nazia di ruangan kapsyen dengan penuh amarah.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan artis juga bersetuju bahawa harga yang ditawarkan oleh produksi tersebut memang tak masuk akal dan tak patut.

Bahasa jiwa bangsa

Namun pada entri yang seterusnya, Nazia memberitahu bahawa dia bukanlah marah kerana harga yang ditawarkan tetapi kerana ayat yang digunakan oleh pihak produksi itu yang membuatkan dia bengang.

“Saya memang tak reti marah lama-lama, just let it be. Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang menyokong saya,” tulisnya.

Pihak produksi pun, agak-agaklah nak tawar harga. Apa pun, nasib baik Nazia Mustafar cepat cool down.