Artis mana yang tidak dapat perhatian netizen? Kalau buat masalah memang akan dapat perhatian tetapi yang tidak buat apa-apa pun dapat juga rupanya.
Amy Mastura, penyayi lagu Bintang Hati yang pernah menjadi siulan ramai dulu pernah diasak oleh netizen mengenai rupanya yang masih kelihatan muda.
Kekal bersederhana
Amy Mastura adalah antara artis tempatan yang masih kekal awet muda. Rupa dan bentuk badannya tetap sama seperti 20 tahun yang lalu walaupun kini umurnya hampir cecah 50 tahun.
Amy akhirnya berkongsi rahsia dan amalannya untuk kelihatan muda kepada Astro Gempak.
Menurutnya, rahsianya mudah, tidak kira tua atau muda, semua amalan itu dilakukan dengan secara bersederhana. Sama ada ketika makan atau bersenam, semuanya dilakukan secara bersederhana.
Tambahnya lagi, kehidupan itu juga biarlah bersederhana.
Bukan pembedahan kosmetik
Amy juga dengan selorohnya mengatakan bahawa dia ada mengamalkan rawatan muka tetapi tidaklah sampai membuat pembedahan kosmetik.
Jelasnya, Amy selalu membuat facial, kadang-kala ditaja tetapi tidaklah selalu. Tambahnya juga, tiada siapa mengajar dia untuk melakukan sebarang suntikan di muka. Jika hendak cucuk bahan kimia di muka, biarlah berpada-pada.
Jadi, bagi anda yang ingin kekal muda walaupun umur sudah mencecah 50-an, amalkan lah tips Amy dengan hidup secara bersederhana. Harapnya dapatlah lawa macam Amy Mastura.