Baru-baru ini anak kepada pasangan selebriti Amyra Rosli dan Amar Baharin iaitu Ayra Arissa,2, disahkan telah dijangkiti virus ‘Kawasaki’.
Bukan sahaja demam biasa, tahap oksigen Aryssa juga menurun secara tiba tiba.
Tak pasti punca
Menurut Amar, 37, pada mulanya, Aryssa demam panas sebelum simptom penyakit itu datang menyerang ke seluruh badan termasuk muka.
“Penyakit ini bukanlah penyakit yang biasa, tapi sangat jarang berlaku. Tak pasti punca macam mana boleh berlaku. Sekarang ini setiap hari jururawat ambil darah. Doktor pun tak cakap apa lagi bila boleh sembuh,” kata Amar.
Menerusi perkongsian Amyra di laman Instagram nya, dia menjelaskan keadaan anaknya yang demam tidak surut selama beberapa hari dan diserang simptom virus Kawasaki tersebut.
Walaubagaimanapun, Arissa telah dibenarkan keluar dari hospital pada hari Rabu yang lalu namun kesan dari virus itu masih ada seperti jantung Aryssa ada sedikit air dan saluran darah yang bengkak.
Amyra memaklumkan, Aryssa terpaksa menjalani rawatan intensif termasuk diberi sejumlah besar ubat-ubatan lebih kurang 10 biji semuanya untuk membantu badannya pulih seperti sedia kala.
Rakan artis turut mendoakan
Melihat di ruangan komen, rakan-rakan artis seperti Nad zainal, Hannah Delisya, Puteri Sarah dan Dato Siti Nurhaliza dan ramai lagi turut memberi sokongan dan mendoakan agar Aryssa diberi kesembuhan dari penyakit itu.
Mereka juga turut menzahirkan rasa syukur setelah mengetahui Ayra telah dikeluarkan dari hospital, walaupun kesan dari virus itu masih ada, rakan-rakan artis tidak putus untuk selalu mendoakan kesihatan Aryssa dan keluarga.