Biasalah kerja netizen, membuat spekulasi melulu tanpa sebarang bukti.

Kali ini, Ayda Jebat pula dihimpit spekulasi apabila netizen mengatakan dia tinggal sebumbung dengan tunangannya, Nabil Mahir.

Urus Hal Perkahwinan

Menurut Astro Gempak pelakon dan penyanyi itu menjawab yang dia berada di kediaman tunangnya atas tujuan perbincangan mengenai hal perkahwinan mereka.

“Meeting untuk wedding dan kerja dekat rumah dia. Ada mak, ayah, nenek, kakak, abang, orang gaji dan ramai lagi.

“Nak keluar pun nak ke mana? Dah jawab,” tulisnya menerusi ruangan komen Instagram

Timeline

Description automatically generated

Tinggal Sebumbung

Terdahulu, pelantun lagu ‘Mata’ itu pernah ditanya oleh sesorang pengguna media sosial sama ada mereka tinggal bersama atau tidak di ruangan komen sepotong video TikTok Ayda bersama Nabil yang dimuat naik penyanyi itu di laman Instagramnya .

Pada masa sama, segelintir netizen turut bersetuju keberadaan Ayda di rumah Nabil untuk menguruskan perkahwinan mereka kerana mereka pun melakukan pekara yang sama.

Dalam pada itu, Ayda menafikan yang dia pernah bermalam di kediaman bakal mentuanya dan tujuan asasnya berada di sana untuk mendalami ilmu agama.

“Saya tak pernah tidur rumah bakal mentua. Tapi boleh meeting dan buat kerja di rumah.
“Saya suka datang sebab boleh belajar solat jemaah dan lain-lain. Belajar apa yang tak pandai. 
“Saya tinggal seorang dekat Kuala Lumpur. Jadi keluarga dia, keluarga saya juga,” tambahnya.

Netizen ni pun, suka betul buat andaian sendiri, cuba siasat dulu. Apa-apa pun semoga urusan Ayda dan Nabil dipermudahkan.