Zizan Razak adalah seorang pelakon, pelawak dan pengacara yang amat versatile setiap kali menjalankan kerjanya.
Namun, semalam dia kelihatan agak berang apabila orang mempersoalkan isu yang agak sensitive baginya.
Persendakan Jodohnya
Zizan menerusi satu posting di laman Instagram (IG) miliknya meluahkan ketidakpuasan hatinya apabila soal jodohnya dipersendakan.
Kapsyen posting tersebut jelas menggambarkan bahawa dia tidak selesa apabila segelintir peminat seolah mempersendakan urusan jodohnya.
Zizan sebelum ini pernah bercinta dengan beberapa artis tempatan namun tiada jodoh dan artis tersebut telah berkahwin dengan pilihan masing-masing.
Zizan yang juga diberi tanggungjawab sebagai hos Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) turut percaya urusan jodoh, ajal dan maut bukan terletak di tangan manusia sebaliknya urusan Allah.
“Melihat apa yang berlaku malam ini (20 Disember) menjadi perbualan dalam media sosial tentang jodoh saya selepas Kamal Adli melamar Uqasha Senrose di pentas AME2020.
“Maaf saya katakan apa yang berlaku malam tadi pun bukan rancangan saya dan saya tidak tahu. Saya cuma memberi respons yang ‘sporting’ untuk memberikan program nampak ‘best’,” tulisnya sebagai kapsyen tersebut.
Beri Semangat
Rata-rata rakan artis dan juga netizen memberi semangat dan nasihat kepadanya supaya terus bersabar.
Mereka turut menulis agar menghiraukan apa yang orang kata mengenai jodohnya.
“Sabar zan, aku percaya kejadian semalam kau jugak mendoakan mereka, kau insan baik, nanti dah kawin orang sibuk tanya pasal anak plak, yang itu aku boleh boleh ajar macam mana tidak sebangsat yang di sangkakan,” tulis Achey.
“Sabar my brother,” komen Jaasuzuran.
“Sabar zanggg, mulut manusia tak boleh nak tutup, korang yang lain pon toksah nak troll memanjang zizan ni dengan bab jodoh ni. Ada masa ia nampak mcm lawak tapi lama-lama ia boleh mendatangkan tekanan pada orang tersebut,” ujar seorang warganet.
Haihh netizen ini, soal jodoh orang pon boleh jadi bahan gurauan. Buat Zizan semoga anda jumpa jodoh yang baik serta boleh menerima baik dan buruk anda!