Pernah ingat tak pasal kontroversi Alya Iman dulu yang katanya ada scandal dengan suami orang?

Nampaknya pelakon wanita itu dah move on apabila dia mengakui sudah selesa menjalinkan hubungan cinta dengan kekasihnya, Ridhwan Rosli.

Berharap sehingga ke jenjang pelamin

Memetik laporan Gempak, anak kepada pelakon lagenda Allahyarham Azmil Mustapha ini berharap hubungan mereka berpanjangan hingga ke jenjang pelamin.

Menurutnya, mereka telah mengenali antara satu sama lain sejak bulan Jun lalu tetapi dia sedar kewujudan kekasihnya sudah lama sebelum itu.

Dah move on

Berkaitan kontroversi hangatnya sebelum ini dengan seorang ahli perniagaan yang juga suami orang, Alya menjelaskan bahawa dia sudah move on dan tak akan mengulangi kesilapan yang sama lagi.

“Saya dah buat silap dan tak akan ulang semula kesilapan itu, bab komen ataupun kritikan dari netizen, saya tak mahu ambil hati sangat,” katanya.

Haaa, doa yang baik-baik je gais untuk Alya Iman dengan teman lelaki dia tu, moga berkekalan.