Baru-baru ini industri hiburan tanah air dikejutkan ekoran seorang penceramah bebas direman kerana tuduhan merogol terhadap seorang wanita.
Namun, tiga individu tampil mempertahannya, mengatakan biar pihak berkuasa yang menentukan siapa betul atau salah.
Tak pernah aniaya wanita
Pengusaha kosmetik, Joy Revfa memaklumkan bahawa dia banyak menerima mesej di laman sosial berhubung isu kontroversi tersebut. Berikutan itu, Joy, menerusi laman Instagramnya, mengatakan bahawa Syed tidak pernah menganiaya wanita.
Namun, Joy mengaku bahawa Syed seorang yang nampak nakal dan suka mengusik.
Tambah Joy, Syed merupakan kawan yang baik hati dan selalu berkongsi ilmu.
Tak perlu campur tangan
PU Syed turut tampil menerusi laman Instagramnya, menasihati masyarakat agar tidak terus menyebarkan pekara yang belum pasti kebenarannya mengenai Syed.
Dia turut berkata, biarlah pihak berkuasa yang menjalankan tanggungjawab mereka dan tidak perlu campur tangan sehingga ada berterusan membuka aib Syed.
PU Syed turut berpesan yang setiap daripada kita mempunyai aib masing-masing, cuma ianya terlindung daripada umum kerana ‘dijaga’ Allah.
Tuduh melulu
Senada dengan PU Syed, PU Abu turut menegur sikap netizen yang disifatkan terlalu mudah menjatuhkan hukuman terhadap orang lain meskipun mereka tidak tahu pekara sebenar.
Abu turut menjadikan dirinya sebagai contoh dan menerusi IG story miliknya, dia menasihatkan agar netizen tidak sewenang-wenangnya mengadili musibah menimpa seseorang.
Nampaknya semakin tegang ya kes ni. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat sajalah keputusan mahkamah, semoga keputusan tersebut dapat menyelesaikan kemelut ini dan berpihak pada yang benar.