Penyanyi popular tanah air, Aina Abdul dikecam peminat apabila dikatakan harga tiket bagi konsert A Night With Aina Abdul 2.0 yang bakal berlangsung di Istana Budaya pada 25 dan 16 Jun ini terlalu mahal.
Kuasa pembeli
Menerusi laman sosial media Twitter, peminat mula merungut dan membandingkan Aina dengan penyanyi no.1 Malaysia Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
Ada yang berkata “Lagu dia banyak sangat ke macam lagu-lagu Tok Ti sampai nak letak harga tiket mahal sampai macam tu? Dia setaraf ke dengan Diva No 1 Malaysia.”
Ada pula netizen yang mengatakan dia menyukai lagu Aina Abdul dan memuji penyanyi tersebut namun dia merasa kecewa dengan harga tiket yang ditawarkan.
“Saya tat tahu kenapa Aina Abdul setuju dengan price range begitu. Anda tahu kuasa pembeli penyokong anda.”
Tidak ditaja
Namun begitu, masih ada peminat yang mempertahankan Aina Abdul dengan memberitahu bahawa harga tiket Aina menjadi mahal kerana konsertnya tidak ditaja oleh mana-mana pihak.
“Netizen bising-bising pasal tiket Aina mahal. Dia buat konsert dekat Istana Budaya tanpa sebarang sponsor, jadi sudah tentu harga tiket akan jadi mahal. Kau tak mampu beli, kau bukan target dia lah. Aduh.”
Ada juga netizen yang menyokong Aina berkata dia merupakan penyanyi yang hebat dalam Malaysia dan sekiranya tidak mampu beli tiket jangan sampai downgrade Aina.
“Dia punya susah payah dalam nak masuk industri muzik Malaysia ni tanpa pertolongan sesiapa kau boleh levelkan dia penyanyi yang tak ada bakat! Teruk kau ni” ujar netizen di Twitter.
Sebagai info, menerusi laman web jualan tiket, harga yang ditawarkan serendah RM113.36 hingga RM1 246.96.