Baru-baru ini, pasangan merpati dua sejoli Fattah Amin dan Fazura baru sahaja menimang cahaya mata perempuan yang menambah seri hidup mereka.
Sehingga kini, pasangan tersebut masih belum lagi mendedahkan wajah anak mereka dan nampaknya, tindakan mereka itu kurang disenangi oleh seorang individu.
Lempar Kata Hinaan
Seorang wanita telah menimbulkan kemarahan ramai selepas dirinya melemparkan kata-kata hinaan terhadap anak pasangan terbabit.
Wanita itu dilihat kurang senang dengan keputusan Fattah dan Fazura yang masih lagi belum bersedia mendedahkan wajah puteri sulung mereka itu kepada umum.
Disebabkan itu, wanita tersebut telah menulis di ruangan komen Facebook Gempak, “Anak sumbing agaknya.”
Dikecam Netizen
Justeru, kelantangannya telah mengundang kemarahan dan kecaman netizen akibat penulisannya di ruangan komen tersebut.
Apa yang lebih memalukan apabila tinjaun di laman Facebooknya mendapati dia merupakan seorang pekerja di Kementerian Pendidikan Malaysia dan berkemungkinan seorang guru.
“Amboi mulut makcik, kalau tak ada benda baik nak cakap baik diam,” tulis seorang wargamaya.
“Sesiapa yang kehilangan mak, sila kutip balik. Liar sungguh ni,” ujar seorang warganet.
Sampai macam tu sekali ya kata anak Fazura. Kalau tak ada benda baik nak cakap baik diam, takut mendatangkan masalah serta dosa je nanti.
Buat Fazura dan Fattah, semoga puteri sulung anda berada dalam kesihatan yang baik dan bakal menjadi anak yang solehah.