Aliff Aziz dan Bella Astillah, satu pasangan yang boleh dikatakan paling hangat dekat Malaysia ni. Jaranglah netizen tak ambil port pasal mereka berdua. 

Kalau nak ikutkan, kisah pasangan ni memang boleh diibaratkan roller coaster, macam-macam masalah dan drama ada.

Kes curang pertama

Sebelum Aliff dan Bella bersama, Aliff ni boleh dikatakan terkenal sebagai playboy dalam industri hiburan tanah air. Bukan itu saja, ada juga yang label Aliff ni sebagai artis yang bermasalah

Ramai ingat lepas Aliff sudah settle down dengan Bella, ada anak, tak adalah kontroversi lagi tapi rupanya, payah juga nak tinggalkan perangai lama ni.

Bermula dengan kes kontroversi pertama Aliff selepas kahwin dengan Bella – skandal Aliff dan Afifah Nasir.

Pada Julai 2017, Alif Aziz dan Afifah Nasir terpalit dalam satu kontroversi oleh sebab rakaman CCTV yang tersebar di laman sosial. Rakaman tersebut menunjukkan Aliff dan Afifah berada di sebuah pusat hiburan karaoke dan dapat dilihat Aliff menarik dan memegang tangan Afifah.

Imej dari: engkumuzahadin.blogspot.my

Kontroversi ini tidak berhenti dekat situ saja. Pada hari yang sama, Aliff juga dikatakan memukul isterinya yang ketika itu sedang dalam pantang. 

Kontroversi ini berlarutan sehingga November selepas masing-masing sudah memberi penjelasan dan Bella pun memaafkan Aliff. 

Kes curang kedua

Ingatkan lepas Bella sudah beri peluang kedua, perangai Aliff ni eloklah tapi tak juga. Melalui laman Instagram Bella, pada Februari 2019, dia mendedahkan bahawa Aliff lagi sekali berlaku curang dengan seorang pelakon wanita baru ketika itu, Oktovia Manrose.

Imej dari: thestartmagazine

Bella meluahkan rasa kecewanya dengan sikap Aliff yang sanggup berlaku curang dengannya. Tetapi Oktovia cepat meminta maaf dan isu ini pun senyap. 

Bella pun lagi sekali memberi peluang kepada Aliff dan memaafkannya kerana mengenangkan Aliff adalah bapa kepada anaknya. 

Kes curang ketiga dan keempat

Tak lama selepas kes Aliff dengan Oktovia, pada Mei 2019, buat kali ketiga Aliff kantoi curang dengan seorang minah Tiktok, Nismell. 

Sekeping gambar yang tersebar di laman sosial menunjukkan seorang lelaki seperti Aliff Aziz yang tidak berbaju bersama dengan seorang perempuan yang berpakaian seksi.  Nismell membuat pengakuan bahawa gambar yang tersebar itu adalah Aliff dan dirinya. Katanya lagi, dia berjumpa dengan Aliff di sebuah parti tertutup. 

Imej dari: OhBulan

Belum reda isu dengan Nismell, pada bulan yang sama juga tersebar gambar Aliff Aziz bercium dengan seorang janda merangkap model, Meri Meifina. 

Imej dari: babab.net

Bella nekad cerai

Nampaknya, curang kali ketiga dan keempat Aliff ini telah membuat Bella nekad untuk meneruskan kehidupan tanpa suaminya. 

Beberapa jam selepas tersebar gambar Aliff bercium dengan Meri, Aliff akhirnya menceraikan Bella dengan talak satu pada 16 Mei 2019. 

Tetapi nampaknya, penceraian Aliff dan Bella ni tidak bertahan lama.

Rujuk semula, kini berbadan dua

Pada Januari 2020, netizen membuat spekulasi bahawa bekas pasangan suami isteri itu akan berbaik semula. 

Bella ada memuat naik gambar yang menunjukkan dia sedang merangkul mesra tangan seorang lelaki yang dipercayai adalah bekas suaminya. Lebih menguatkan spekulasi netizen tentang identiti lelaki tersebut apabila Aliff juga memuatnait swafoto yang menampakkan Bella di belakangnya dalam kereta. 

Dan spekulasi itu ternyata benar apabila pada April 2020, Bella mengaku bahawa mereka telah rujuk semula ketika masih dalam tempoh edah.

Bella juga mengumumkan di laman Instagramnya bahawa kini dia sedang berbadan dua dan dijangka akan melahirkan anak yang disahkan jantinanya adalah perempuan pada Julai tahun ini. 

Imej dari: Instagram Bella Astillah

Boleh tahan panas cerita pasangan suami isteri ni. Bukan senang nak jaga rumah tangga daripada roboh. Walaupun pernah bercerai, Aliff dan Bella tetap berusaha untuk memastikan keluarga mereka bahagia. Harapnya lepas ni, tak ada lah kontroversi yang menjatuhkan air muka keluarga Aliff-Bella ni lagi.

Yang sudah tu, sudahlah ya Aliff.