Dunia hiburan kini hangat dengan pengumuman bahawa PU Riz dan juga Neelofa dikatakan telah bertunang selepas beberapa hari spekulasi dibuat oleh peminat.
Dalam keadaan ramai yang gembira dengan berita tersebut, netizen tidak dapat menyimpan kemarahan apabila seorang pengguna Twitter telah membuat satu ciapan yang dianggap tidak sensitif terhadap gologan wanita dan juga Neelofa.
Neelofa sudah tua?
Dalam ciapan yang sudah dipadam itu, pengguna tersebut menggatakan bahawa Neelofa, 31 bertunang dengan PU Riz, 25 yang lebih muda darinya.
“Ini menunjukkan perempuan mempunyai had masa.
“Satu masa nanti, kau tak laku bila sudah berumur. Tu sebabnya mak mak tanya bila nak kahwin bila nak kahwin,” tulisnya.
Tweet nya itu juga telah menerima beberapa orang yang menyokongnya namun bidasan yang diterimanya lebih kuat.
Pertahankan wanita dan Neelofa
Ramai yang membaca ciapan itu sudah semestinya akan berasa marah kerana dia telah menghina wanita dengan mengatakan mereka kena kahwin cepat sebab nanti takde siapa nak berkahwin dengan mereka.
Ada juga yang berasa hairan terhadap ciapan itu yang mengatakan Neelofa tidak laku.
Kan tak memasal kena serang! Jadi, kalau rasa-rasa macam nak post sesuatu yang nampak macam bijak fikir dululah baik dan buruknya sebelum tekan butang tweet tu.