Dalam kala rakyat Palestin berterusan menjadi mangsa kepada tentera Zionis Israel, rata-rata penduduk dunia telah menunjukkan solidariti mereka kepada Palestin.
Malaysia juga tidak terkecuali malah boleh dikatakan cara rakyat Malaysia menunjukkan solidariti agak unik iaitu dengan membuat serangan secara dalam siber, atau dalam kata lain buli siber tentera Zionis dan Israel.
Punyalah power rakyat Malaysia ni buli siber sampaikan diberi gelaran ‘Malaysian Troll Army oleh mereka.
Tak setel lagi Israel rupanya
Baru-baru ini, Pengerusi Majlis Israeli-American Adam Milstein telah memuat naik satu perkongsian yang mendakwa tentera “troll” Malaysia telah cuba ‘melenyapkan’ suara orang Yahudi.
“Sebanyak 500k perciapan (tweets) menyasarkan Israel dan penyokongnya ketika Operasi Guardians of the Wall.
“Inilah yang kita tahu mengenai tentera “troll” Malaysia, dan macam mana mereka cuba menggodam, menganggu dan membisukan suara orang Yahudi di sosial media,” tulisnya di ciapan itu.
Ironinya, dia bising di sosial media tentang tentera “troll” membisu dan mengainya orang Yahudi di sosial media sedangkan tentera Yahudi membisu dan mengainya orang Palestin menggunakan peluru dan peluru berpandu.
Penuh dengan orang Malaysia
Bila dah kena serang macam ni, mana boleh diam rakyat Malaysia.
Meninjau ke ruang balasan di ciapan tersebut, kebanyakan rakyat Malaysia sepertinya tidak terasa langsung malah, boleh dikatakan menyambung aktiviti buli siber mereka kepada Israel ini.
Dan semestinya, tidak lupa juga untuk menggunakan tanda pagar #/IsraelKoyak.
Apapun, boleh tahan jugak ‘tentera siber’ Malaysia ni, sampai buat dokumentari pasal benda ni.