Ingatkan bila majalah Mangga sudah tiada lagi di pasaran, kuranglah gambar-gambar panas artis. Rupanya, tak juga. 

Gambar-gambar panas Zul Ariffin dan Intan Najuwa kebasahan di laut telah tersebar di rata-rata media sosial menjadi perbualan hangat netizen. Nampaknya tak ada majalah Mangga pun, netizen boleh dapat melihat gambar-gambar panas artis. 

Terlihat lebih mesra

Beberapa keping gambar panas itu telah dimuat naik melalui laman Instagram Funta.my yang mempamerkan aksi terlebih mesra Zul Ariffin dan Intan Najuwa.

Gambar-gambar panas itu menunjukkan seorang pelakon lelaki bertubuh sasa sedang memeluk erat seorang pelakon wanita dengan manja sambil mereka berdua riang bermandi-manda di tepian pantai.

Sudah ada pasangan masing-masing

Sudah diketahui ramai bahawa Intan Najuwa merupakan tunang kepada Azrul Azwar Rusli. Manakala Zul Ariffin pula sebelum ini pernah mengaku bahawa dia mempunyai teman wanita dan bercadang untuk berkahwin walaupun identiti pasangannya itu dirahsiakan. 

Jadi, tidak hairanlah gambar-gambar tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang terhadap rata-rata netizen kerana masing-masing sudah ada pasangan sendiri. 

Mungkin gambar-gambar tersebut adalah untuk babak-babak dalam drama Setelah Ku Dimiliki yang dilakonkan oleh Zul Ariffin dan Intan Najuwa. Tapi kalau untuk drama pun, panas sangat uolls aksinya.