Memang tak dinafikan, Nasi Lemak memang makanan kebanggaan negara. Kalau pergi overseas, sampai Malaysia, konfem cari Nasi Lemak.
Jadi, bila jenama pasta San Remo memperkenalkan resepi spaghetti yang diinspirasikan dari Nasi Lemak sempena Hari Malaysia, ramai pula yang kecam.
Spaghetti Lemak Bungkus
Gambar hidangan ‘Spaghetti Lemak Bungkus’ yang dipost oleh San Remo itu lengkap dengan sambal, kacang, bilis goreng, telur rebus, timun dan juga rendang ayam tapi masih tidak dapat sambutan orang ramai.
Namun, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj mempunyai pendapat yang berbeza.
Baginda bertitah
Menerusi laman Instagram, baginda bertitah bahawa rakyat sepatutnya berbangga apabila hidangan kebangsaan negara adalah makanan versatil yang mampu diubah suai.
“Kenapalah nak marah pasal spaghetti Nasi Lemak. Orang Johor dah lama makan laksa spaghetti,” titah baginda serta berkongsikan beberapa gambar sajian yang diinspirasikan daripada Nasi Lemak.
Jadi, ada sesiapa nak try buat spaghetti nasi lemak? Nampak macam menarik.