Dalam keadaan negara menghadapi pandemik Covid-19 ini, pelbagai cabaran yang dihadapi walaupun program vaksinasi kebangsaan sedang berlangsung.

Mana taknya, pada zaman penuh teknologi ini, maklumat cepat sampai pada semua orang terutama pada mereka yang mempunyai sosial media, lagilah pantas!

Tapi tak semua maklumat yang sampai kepada setiap pengguna tu betul, lagi-lagi pasal vaksin apabila ada satu golongan iaitu golongan anti-vaksin ini akan menyebarkan dakyah yang tidak sahih.

11 kali berhenti?

Di laman sosial Twitter baru-baru ini, ada satu ciapan yang menarik perhatian warga Twitter apabila pemilik ciapan tersebut mendakwa bahawa kawan ibunya telah 11 kali jantung berhenti, selepas menerima dos kedua vaksin.

Ciapan itu sudah semestinya mengundang tanda tanya waganet apabila dimaklumkan kawan ibunya itu, 11 kali jantung berhenti, yang mana memberi gambaran bahawa kawan ibunya itu mengalami detik-detik kematian sebanyak 11 kali. Haa macam mana tu?

Balasan sarkastik diberi

Melihat kepada balasan ciapan itu, rata-ratanya memberikan balasan yang sarkastik. Malah, ada juga sempat memberi peringatan bahawa mereka yang menyebarkan hasutan antivaksin ini akan dikenakan tindakan.

Dan tindakan itu memang betul dibuat oleh kerajaan apabila liputan media baru-baru ini memaklumkan bahawa dua individu telah didenda kerana menyebarkan maklumat palsu, selain memberi pengaruh antivaksin.

Apa-apa pun, dalam waktu pandemik macam ni, silalah semua ambil vaksin. Janganlah percaya semua cerita-cerita karut pasal vaksin tu. Last sekali, stay safe semua! Jangan lupa pakai mask setiap kali keluar rumah and sanitize tangan!