Suami mana yang berani komen dekat gambar perempuan lain, siap panggil sayang lagi, memang nak cari nahas namanya.

Tapi nampaknya, pelakon Aaron Aziz ni macam dah ‘menempah maut’ bila dia memberi komen kepada gambar perempuan lain di Instagram dan ya, sekali dengan panggilan ‘sayang’.

‘Hi sayang’

Komen yang ditinggalkan Aaron kepada wanita tersebut, yang merupakan pelakon Bollywood popular, Preity Zinta, mendapat perhatian rata-rata netizen.

“Hi sayang, masak apa hari ini? Abang balik lewat sikit okay. Jangan rindu abang sangat okay,” tulisnya.

Melihat komen tersebut, netizen pun apa lagi, cepat-cepat report kat isteri Aaron, Diyana Halik.

“Tak boleh lari Malik!”

Mengetahui perkara tersebut, Diyana menerusi Instagramnya, mendedahkan ‘perangai sebenar’ suaminya itu.

“Tadi kita panggil dia, kemain sibuk nanti jap dia cakap tengah settle stuffs.

“Tak boleh lari la Malik, cuti dah habis bro. Orang tag sama gua. Lu jangan macam-macam Malik!” tulis Diyana, menggunakan panggilan ‘Malik’ yang merupakan karakter suaminya di ‘KL Gangster’.

Walaubagaimanapun, Diyana mengaku bahawa suaminya itu memang peminat pelakon wanita Bollywood tersebut melalui hashtag #abgfavouritePreity.

https://www.instagram.com/p/CGk5xX4DUmn/?utm_source=ig_web_copy_link

Cukup seronok melihat gelagat suami isteri ini bergurau senda di media sosial. Apapun, harapnya Aaron Aziz tak kena tidur atas sofa.