Penyanyi rap terkenal Caprice menjadi perbualan ramai apabila dia tiba-tiba memuat naik beberapa hantaran di Instagram miliknya yang dikatakan untuk Ustaz Ebit Liew pada 17 Julai.

Bukan sahaja ustaz kesayangan ramai yang dikritik oleh Caprice, malah Menteri Luar Dato’ Seri Hishamuddin dan Tun Mahkota Johor juga dia kenakan.

Apa yang berlaku dengan UEL semasa di Gaza?

Menurut kosmo, ekoran menghantar mesej peribadi panjang lebar, Caprice mendakawa dia telah disekat oleh Ustaz Ebit Liew di Instagram rasminya.

Ia dikatakan mesej peribadi tersebut bertanyakan tentang tindakan UEL semasa di Gaza.

“Budak miskin yang sama, terima mainan yang sama tetapi diminta bergaya untuk kamera dua kali. Orang Gaza soal kenapa nampak macam sesi foto.

“Isu orang berkopiah masuk Gaza bukan tuju kepada satu orang sahaja. Tapi sudah lama orang Gaza marah bila ramai orang yang nampak alim saje menggunakan gambar-gambar Gaza untuk bukak tabung,” tulisnya.

Perkara ini mengundang kemarahan para “influencer” di Gaza sehingga kerajaan di situ tidak benarkan UEL meninggalkan negara tersebut kerana merasa UEL di Gaza semata-mata untuk “menunjuk” kebaikkannya.

Caprice mendakwa sampai ke tahap UEL dipaksa melutut dan mencium kaki Menteri Luar jika ingin keluar dari negara tersebut dan gambar tersebut dimuat naik oleh “influencer” Gaza untuk lagi memalukan UEL.

Dia berkata, dia terpaksa meminta artis-artis Gaza untuk memadamkan dahulu gambar-gambar kontroversi UEL.

Untuk harumkan nama Malaysia, dia cuba masuk ke negara Gaza tapi gagal. Ekoran perkembangan tersebut, dia mesej Menteri Luar Negeri Hishamuddin Hussein atas kenapa Ustaz Ebit Liew dibenarkan masuk ke Gaza tetapi dia tidak.

Sedangkan sebab dia nak ke Gaza adalah untuk membaiki kekecohan yang dibuat oleh Ustaz Ebit Liew semasa di sana dan harumkan nama Malaysia.

“Saya tahu, tetapi saya tidak tahu samada awak tahu atau tidak…dia berdepan masalah ketika di Gaza. Dan tidak dibenarkan keluar. Dia sendiri memberitahu saya yang dia terpaksa melutut dan mencium kaki Menteri Luar. Selepas Gaza kecoh dengan apa yang dia buat dan isu gambar budak-budak miskin etc” tulis Caprice kepada Hishammuddin

Untuk pengetahuan umum, satu faktor UEL mendapat layanan khas adalah kerana misi kemanusiaan tersebut dibawa dengan kain rentang tertera nama Dato Hishamuddin Hussein dan DYMM TMJ. 

Pandangan UEL

Ustaz Ebit Liew juga telah tampil untuk memberi pendapat dia berkenaan isu tersebut.

Menurut satu video di Youtube rasminya, kelihatan UEL sebak sehingga menitiskan air mata apabila bercakap mengenai ujian buatnya.

“Saya susah nak benci orang, saya susah nak lawan orang, saya susah nak kata sesiapa.

“Tapi, kebelakangan ini, orang tak berhenti datang. Semua orang nak cari gaduh dengan saya,” ujarnya sebak.

Walaupun tidak mengakui bahawa dia memang telah menyekat Caprice di Instagram miliknya, dia berkata tidak akan membalas jika seseorang mengirim mesej yang bukan-bukan seperti ugutan kepadanya.

“Walau kita cuba nak bawa kasih sayang dalam dunia ini, pun ada orang nak benci. Ada orang nak lawan. Saya tak faham,” katanya.

Dengan tegas, UEL berkata segala yang dibuatnya selama ini adalah untuk disayangi Allah.

Caprice minta maaf

Ekoran pendedahan situasi mengejut itu mengundang kekecaman dari pelbagai pihak, Caprice telah tampil pada hari ini untuk memohon maaf kepada rakyat Malaysia.

Menurut Malaysiagazette, dia mengakui apa yang belaku adalah kesilapannya sendiri dan membabitkan pihak lain.

Di dalam satu perkongsian di Instagram miliknya, Caprice minta maaf dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terpalit dalam isu ini, termasuklah UEL, Dato Hishamuddin Hussein, dan DYMM TMJ.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada kedutaan Malaysia di Mesir dan juga kerajaan Mesir di atas layanan yang diberikan terhadapnya termasuk perlindungan 24 jam sepanjang di negara itu.

Dia akui bahawa dia terlalu emosi tentang pejuangnya demi ummah, demi Palestine dan demi rakyat Malaysia dan menegaskan apa yang berlaku adalah kesilapnnya sendiri dan tidak membabitkan pihak lain.

Baguslah Caprice mengaku salah dan tak memanjangkan isu ni. Harapnya kedua-dua pihak dah berbaik lah ya.