Janna Nick bukanlah nama yang asing dalam industri hiburan tanah air meskipun dia kurang di landa kontroversi berbanding rakan artisnya yang lain.

Namun, baru-baru ini dia telah menjadi perhatian warganet ekoran postingan gambar miliknya di laman sosial Instgaram (IG).

Netizen Kurang Senang

Janna telah memuat naik beberapa keeping foto serta video senamannya di IG tetapi telah mengundang reaksi yang kurang enak daripada netizen.

Rata-rata netizen tidak senang dengan cara pemakaian Janna yang dilihat agak ketat and seksi sehingga mengundang komen negatif daripada segelintir netizen.

Undang Komen Negatif

Foto yang dikongsi olehnya itu menunjukkan dia berada di gimnasium.

Rata-rata lelaki miang meninggalkan komen gatal mengenai tubuh badannya.

Ada juga setengah netizen mendakwa yang dia sudah putus cinta sehingga dia berani berkongsi foto berkenaan.

Menegur Janna

Disebalik komen negatif itu, ada juga segelintir warganet yang menegur Janna untuk menjaga penampilan dan tidak memakai pakaian yang terlalu ketat.

Ada juga yang menasihatinya untuk memakai pakian longgar agar tidak menimbulkan sebarang fitnah terhadap dirinya.

Kembali Single?

Dalam pada itu, ada juga netizen yang bertanya tentang hubungan cintanya kerana jika dilihat di laman IG Janna, gambar kekasihnya itu tidak kelihatan lagi.

Namun, pertanyaan netizen tersebut masih belum dibalas oleh Janna.

Patutlah nampak makin fit si Janna ni, rupanya rajin ke gym. Semoga baik-baik sahaja buat Janna.