Pelakon Nur Fathia Latiff dulu pernah ada bermacam kontroversi tapi sejak kebelakangan ini, aktres tersebut sudah makin kurang membuat perkara yang menarik perhatian netizen.
Sehinggalah pelakon tersebut memuat naik satu video pada 9 Februari lalu, yang secara tidak langsung menjadi tumpuan netizen.
Promote filler rahang
Video yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya itu mempamerkan dirinya sedang menjalani rawatan aestetik filler di bahagian rahangnya.
Kelihatannya video tersebut dijadikan tatapan umum untuk mempromosikan kaedah membentuk rahang di sebuah klinik kecantikan.
“Mereka yang merasa tidak puas hati dengan garis rahang atau dagu, mungkin ingin menambah bentuk di kawasan ini.
“Filler rahang jenis suntikan atau dermal filler dapat memberikan penyelesaian tanpa pembedahan. Dagu dan rahang yang kelihatan lembut oleh kerana faktor usia atau genetik; filler rahang dapat menambahkan bentuk, simetri, keseimbangan dan kontur di kawasan tersebut.
“Filler rahang adalah gel yang disuntik ke dalam kulit. Ia merangsang penghasilan asid hyaluronik atau kolagen. Ini dapat menegangkan kulit yang kendur dan kehilangan tulang di sekitar rahang,” tulis Fathia sebagai kapsyen.
Video yang berdurasi 40 saat itu turut menunjukan hasil sebelum dan selepas kedua-dua belah rahang Fathia disuntik filler.
Dah cantik semulajadi
Meninjau ke ruangan komen, reaksi yang diberikan oleh netizen bercampur-baur. Ada yang kata wajah Fathia memang cantik secara semulajadi dan tak memerlukan sebarang rawatan aestetik.
Malah, ada juga yang sempat meninggalkan nasihat dan peringatan tentang hukum mengubah ciptaan Tuhan.
Tengok macam sakit je Fathia cucuk dekat rahang tu. Apa pun, betul jugak kata sesetengah netizen pasal ubah rupa tu, doa yang baik-baik je untuk Fathia.