Kecoh dalam dunia hiburan Korea apabila sebuah portal media eksklusif terkenal negara itu, Dispatch mendedahkan satu pasangan selebriti baru.
Pasangan tersebut adalah anggota kumpulan popular kini, Blackpink Jennie yang dilaporkan sedang menjalin hubungan cinta dengan ketua kumpulan BIGBANG, G-Dragon.
Setahun menjalin hubungan
Pendedahan yang dilakukan oleh Dispatch menerusi akaun Instagramnya pada pagi ini, melaporkan pasangan itu telah pun bercinta selama setahun.
“BLACKPIN Jennie sedang dilamun cinta. Teman lelakinya adalah idol, GD. Mereka berdua merupakan penyanyi di bawah naungan agensi yang sama, YG Entertainment. Pasangan ini sudah menjalinkan hubungan cinta lebih kurang setahun,” tulisnya pada ruangan kapsyen, yang disertai dengan beberapa foto Jennie bersama GD sebagai bukti.
Tak sangka!
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat terkejut dan tidak menjangkakan pendedahan yang dibuat oleh Dispatch itu.
Sebelum ini, Jennie dilaporkan telah bercinta dengan seorang ahli EXO, Kai pada tahun 2019 dan turut didedahkan oleh Dispatch. Namun, empat bulan setelah berita itu dikeluarkan, Jennie dan Kai dilaporkan telah berpisah.
Sebagai info, Dispatch terkenal di Korea sebagai media yang sering mengeluarkan berita esklusif dan adalah menjadi satu tradisi media itu untuk mendedahkan pasangan selebriti baru pada setiap 1 Januari.
Tahun ini, Dispatch mendedahkan hubungan cinta pelakon drama popular, Crash Landing On You, Hyun Bin dan Son Ye Jin.
Wahh! Tahniah Jennie dan GD!