Tweet daripada seorang pegawai perubatan (MO) telah mendapat perhatian apabila dia telah menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pesakit kanser otak.
Diserang Netizen dan Doktor
Melalui ciapan itu, pegawai tersebut meluahkan rasa tidak puas hati apabila pesakit itu dirujuk pada awal pagi.
“Kanser otak dah 6-7 bulan. Tapi kenapa nak rujuk pukul 3-4 pagi juga lah? Tunggu esok boleh ke?
“6-7 bulan dengan kanser macam itu, bernafas je makhluk tu lagi. Tak boleh rujuk esok siang je ke?” tulisnya.

Selepas sahaja ciapan ini viral, netizen terus mempersoalkan kelayakannya sebagai seorang pegawai perubatan.

Ada juga doctor yang menasihati dan memarahi tindakannya yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pesakit kanser otak itu.

Tutup akaun
Setelah ciapan itu diserang, pegawai itu juga sempat mengutuk netize yang mana rata-rata telah menyuarakan kerisauan mereka dengan kewujudan pegawai perubatan yang bersikap sebegini.

Kini pegawai itu telah menutup akaun Twitternya selepas meminta maaf.

Pegawai itu tidak patut menghina pesakit-pesakit dia walaupun dia letih dengan situasi sekarang. Kan tak memasal kena serang.