Gelarannya Miss Universe Malaysia, tapi penyataan yang dikeluarkan serupa seseorang yang tidak berpelajaran.
Samantha Katie James mendapat perhatian meluas bukan sahaja dari Malaysia tapi juga dari luar negara susulan kemarahan orang ramai yang tercetus akibat kes pembunuhan seorang lelaki berkulit hitam, George Floyd di Amerika Syarikat.
Boleh pilih dilahirkan sebagai kulit hitam?
Dua penyataan yang paling buatkan orang ramai marah ialah “relax” dan “you chose to be born as a ‘coloured’ person in America”… Seriuslah, Miss Universe? Boleh main pilih-pilih ke masa dalam kandungan nak dilahirkan sebagai kulit putih atau hitam?
Agaknya sebab itulah orang luar sendiri gelarkan Samantha sebagai “beauty without brain”. Cantik, tapi otaknya mana?
Sepatutnya gunakan platform untuk sebarkan mesej kebaikan
Kalau sudah namanya public figure, sepatutnya Samantha perlulah gunakan kelebihan yang ada untuk sebarkan mesej positif tentang sifat perkauman, bukan sahaja melihatkan rusuhan yang berlaku di Amerika Syarikat tetapi juga di Malaysia sendiri.
Tapi sampai sekarang, dia masih lagi belum berikan apa-apa penjelasan, jauh sekali nak minta maaf kepada hati-hati yang sudah digores. Hai, menyorok belakang mahkota ke?