Dah mula berkawan rapat sejak tahun 2018, nampaknya pasangan kawan baik ini akan melangkah ke peringkat seterusnya!
Gambar yang dimuat naik oleh penyanyi, Ernie Zakri di laman Instagramnya semalam (16 Ogos) memberi kejutan kepada para peminat apabila dia mengumumkan bahawa dia telah pun bertunang dengan penyanyi, Syamel.
Diadakan secara privasi
Menerusi mStar, Ernie berkata bahawa majlis pertunangan itu telah berlangsung pada hari Sabtu (15 Ogos) secara privasi dan hanya dihadiri keluarga terdekat.
Tambahnya lagi, rakan-rakan pun tak dijemput kerana mereka betul-betul mengadakan majlis tersebut secara privasi.
Merancang berkahwin tahun depan
Pada waktu yang sama, Ernie juga memberitahu bahawa dia dan Syamel merancang untuk berkahwin pada tahun depan namun, tarikhnya masih belum lagi dapat dipastikan.
Ernie juga meluahkan perasaan gembiranya dengan pertunangan itu tetapi apa yang dia lebih inginkan adalah untuk semua doa yang baik-baik saja untuk dirinya dan Syamel.
Wah! Tahniah Ernie dan Syamel! Moga pertunangan mereka kekal hingga ke jinjang pelamin!