Siapa saja yang tak kenal dengan jutawan kosmetik terkenal negara, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman. Sebut saja nama dia mesti orang kenal. Aliff juga pernah dlianda dengan kontroversi sepanjang penglibatannya dalam dunia kosmetik dan kecantikan.

Namun baru-baru ini, netizen dikejutkan dengan pendedahan oleh SPRM mengenai Macau Scam yang membabitkan nama Aliff Syukri.

Aset Dibeku

Menurut Malaysia Gazette, dua peguam milik Aliff Syukri merayu kepada SPRM supaya mereka melepaskan aset-aset miliknya yang telah dibekukan oleh mereka sebelum ini.

Peguam Aliff yang diwakili oleh Hasshahari Johari Mawi dan Mohd Tajuddin Abdul Razak telah memohon agar aset milik Aliff dan isterinya yang dirampas dan disita pada 1 Oktober lepas dilepaskan.

Hal itu dinyatakan menerusi sepucuk surat yang dihantar oleh peguam Aliff kepada Ketua Pengarah SPRM, Datuk Seri Azam Baki.

Tambah Malaysia Gazette, mereka merupakan peguam yang dilantik bagi urusan-urusan hal ehwal perundangan yang berkaitan dengan pasangan terbabit.

Berdasarkan maklumat dalam surat berkenaan, permohonan pelepasan aset-aset itu dibuat menurut peruntukan Seksyen 44(1) Akta Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (Akta 613).

Nafi Terlibat Macau Scam

Terdahulu, Aliff turut menafikan dakwaan bahawa dirinya terlibat dalam kes penipuan Macau Scam.

Aliff sebaliknya menyatakan, dia sentiasa berusaha mencari rezeki halal selain membantu mereka yang terjejas dari segi ekonomi akibat COVID-19.

Pelantun Haruman Syurga itu memohon agar orang ramai tidak membuat tuduhan tidak berasas ke atas perniagaan yang menurutnya diusahakan secara halal.

Terdahulu, SPRM telah membekukan lebih RM80 jutta daripada 730 akaun bank dan turut menyita wang tunai berjumlah RM5 juta berhubung dengan pengubahan wang yang juga turut dikaitkan dengan beberapa selebriti.

Sebanyak 23 kenderaan mewah pelbagai jenama serta motosikal berkuasa tinggi yang dipercayai dibeli hasil daripada aktiviti judi dalam talian tempatan turut dirampas.

Apa-apa pun keputusan pihak SPRM moga ianya akan adil untuk kedua-dua belah pihak. Semoga keadilan dan kebenaran akan memihak kepada yang tidak bersalah.

Semoga Aliff dan isteri terus tabah dengan dugaan ini dan tidak berputus asa untuk terus membantu golongan yang memerlukan terutama di musim COVID-19 ini.