Baru-baru ni, seorang netizen di Twitter berpendapat bahawa tak semestinya orang Malaysia kena pandai cakap Bahasa Melayu. Sindiran terhadap bahasa rasmi Malaysia ini sekaligus mendapat perhatian Sarimah Ibrahim yang mempertahankan Bahasa Melayu.

Tidak dinafikan, ini bukan kali pertama pengunaan Bahasa Malaysia dipertikaikan oleh netizen. Keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2009 untuk mengubah bahasa pengajaran Sains dan Matematik daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia di peringkat sekolah kebangsaan dan sekolah menengah disambut dengan tentangan sengit oleh ibu bapa dan netizen.

There is no requirement for a Malaysian to speak Malay – at all”

Kenyataan yang dibuat oleh netizen ini membuat kalangan masyarakat rasa kurang senang kerana menganggap penyataan ini keterlaluan. Komen ini dinyatakan apabila seorang netizen mengeluarkan satu tweet tentang pengalamannya baru baru ini dengan seorang makcik Cina yang tidah boleh bercakap Bahasa Melayu langsung.

Cerita ini mendapat sambuatan daripada netizen lain yang juga berkongsi tentang pengalaman mereka dengan orang Malaysia yang tidak boleh cakap Bahasa Malaysia langsung.

Heroine” Malaysia muncul

Kenyataan netizen ini menarik perhatian selebriti versatil, Sarimah Ibrahim, yang mengambil peluang ini untuk mengingatkan netizen tersebut untuk “sedar diri”.

Sarimah Ibrahim yang hanya bersekolah sehingga darjah 5 di Malaysia sebelum berpindah ke luar negara dimana beliau mengakhiri pengajiannya, bangga boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia walaupun menghabiskan sebahagian besar hidupnya di negara lain.

Komen balas beliau mendapat sambutan raih oleh kalangan masyarakat kerana mempertahankan bahasa rasmi Malaysia. Beliau juga mengingatkan netizen itu untuk sentiasa ingat di mana bumi yang dipijak.