Penulis skrip teater komedi Korupsi Dewan Semandung, Aloy Paradoks baru-baru ini ada membuat dakwaan di Facebooknya yang membawa perhatian netizen.
Paparan yang dibuat pada 30 April itu mengatakan bahawa dia tidak mendapat bayaran sepenuhnya daripada penerbit teater tersebut iaitu Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Ogy.
Tak mahu isu berpanjangan
Tak mahu isu ini menjadi perdebatan dalam kalangan netizen dan penggiat seni, Ogy membuat pengakuan dan penjelasan kepada mStar online.
Katanya, dia kini sedang berusaha untuk selesaikan semua bayaran baki tertunggak tetapi usaha masih belum menyebelahinya. Dia juga menegaskan bahawa dia sudah memberi 30 peratus bayaran kepada Aloy dan Rayza Mukmin, penulis skrip teater itu.
Tambahnya lagi, dia tidak pernah menganggap mereka sebagai peminta sedekah kerana dia tahu bahawa hutang wajib dibayar.
Masih berbincang melalui WhatsApps
Walaupun Ogy dan Aloy masih belum berjumpa untuk berbincang tentang isu ini tetapi mereka masih berhubung melalui WhatsApps.
Ogy juga mengatakan bahawa dia menjangka dan tidak menghalang mana-mana pihak untuk meluahkan perasaan mereka di media sosial.
Tak mahu cakap lebih tapi harapnya Ogy dapatlah langsaikan semua hutang dia secepat mungkin. Bab-bab hutang ni kan tidak boleh buat main, berat akibatnya nanti.