Diketahui umum, Dato’ Sri Siti Nurhaliza merupakan salah seorang selebriti yang secara terbuka berkongsi berita hamilnya dengan rawatan IVF.
Pertengahan tahun ini, Siti ada memberitahu bahawa beliau ingin berehat seketika dan ingin cuba untuk hamil kali kedua.
Namun baru-baru ini, ada seorang pengguna laman sosial yang berkongsi instastory milik Siti telah menimbulkan pertanyaan di kalangan warganet.
Hamil?
Video instastory Siti mengenai nasi ayam yang diterimanya menjadi perhatin warganet.
Rata-rata mereka berkata mereka seolah nampak seperti baby bump di dalam video tersebut dan ada kemungkinan beliau sedang hamil anak kedua.
Malah, menerusi beberapa lagi insta story miliknya yang lain turut menampakkan bayang-bayang bentuk badannya seperti sedang mengandung.
Peminat Teruja
Meskipun tiada pengesahan daripada Siti sendiri, namun rata-rata netizen amat teruja sekiranya Siti benar-benar hamil.
Ada juga daripada mereka yang tidak sabar untuk melihat Aafiyah jadi kakak dan mereka turut megucapkan syukur dengan perkongsian itu jika ianya benar.
Wahh kalau betul lah maknanya Aafiyah nak jadi kakak lah. Apa-apa pun semoga Siti sentiasa berada dalam keadaan sihat dan perancangannya untuk hamil dipermudahkan.