Mengikuti corak pengumuman mengejutkan dari kerajaan, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob telah membuat satu pengumuman yang mengejutkan berkenaan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang bermula pada 14 Oktober sehingga 27 Oktober.
Reaksi media sosial
Dengan pengumuman yang mengejutkan seperti ini sudah tentu rakyat akan berasa risau tentang situasi ini dan mulalah post di media sosial seperti Twitter, tentang kerisauan mereka.
Ramai rakyat Malaysia di Twitter meminta untuk jangan membuat pembelian panik seperti apa yang telah berlaku pada awal tahun ini.
Mereka juga menyarankan bahawa rakyat untuk mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP). Ada juga rakyat yang mengatakan bahawa ini tidak sama seperti PKP yang pertama dan durasinya hanyalah dua minggu sahaja.
Terdapat juga rakyat yang tidak mengetahui yang PKPB ini hanya berada didalam kawasan tertentu sahaja.
Malah, ada segelintir rakyat yang risau akan mereka yang terpisah dengan keluarga yang berada di berlainan daerah.
Liputan media
Sejurus sahaja pengumuman itu dibuat, pihak media juga telah membuat pemerhatian dan mendapati beberapa tempat telah pun mencetuskan pembelian panik.
Free Malaysia Today telah melaporkan pembelian panik telah pun berlaku di sekitar Lembah Klang.
Menerusi laporan itu, ia dikatakan pasar raya dan kedai runcit telah dipenuhi oleh orang ramai. Kelihatan juga beberapa daripada mereka yang keluar bersama keluarga seperti anak dan warga emas.
Astro Awani juga telah membuat liputan menyarankan dan memberi nasihat agar rakyat tidak perlu membuat pembelian panik.
Sepatutnya tak perlu pun buat pembelian panik ini sebab bukannya penduduk di kawasan PKPB ni tak boleh keluar beli barang. Nanti tak pasal-pasal ada kluster baru.
Apa pun, stay safe semua! Jangan lupa ikut SOP!