Kecoh seketika dulu apabila Harris Alif dan Intan Ladyana dikatakan sedang hangat bercinta meskipun jurang perbezaan umur mereka amat jauh.

Namun, desas desus ada mengatakan mereka akan berkahwin pada tahun ini.

Kahwin Februari Ini

Pasangan romantik tersebut mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada 6 Februari 2021.

Mereka bakal disatukan di sebuah masjid di ibu kota, Kuala Lumpur dan mereka juga tidak dapat menyembunyikan kegembiraan untuk beralih ke fasa perkahwinan.

“I saw that you were perfect and so I loved you. Then I saw you were not perfect, and I love you even more,” kata Harris.

Intan juga mengakui dirinya tidak pernah mencintai lelaki lain seperti dia mencintai Harris

“Started to love you, I realized that I have never loved anyone like this before,” ucap Intan.

Pengumuman Secara Maya

Pasangan tersebut telah mengumumkan tarikh perkahwinan mereka menerusi sidang media secara maya melalui saluran YouTube Harris sendiri.

Mereka juga turut diraikan dengan empat majlis iaitu malam berinai, majlis pernikahan, resepsi, dan majlis bertandang.

Terdahulu, kisah percintaan mereka mendapat perhatian ramai apabila Harris secara terbuka berkongsi mengenai hubungan mereka yang mempunyai perbezaan umur 17 tahun.

Wahh tahniah Harris dan Intan. Semoga segala urusan dipermudahkan nanti!