Bukan senang untuk seseorang kekal istiqamah jadi, bila pelakon dan pengacara, Sarah Hildebrand berkongsikan gambarnya tidak berhijab, ramai netizen yang terkejut.

Bukan gambar lama

Menerusi laman Instagramnya, Sarah telah memuat naik sekeping gambar bersama suaminya tanpa hijab.

Sarah yang telah berhijab sepenuhnya sejak hujung tahun 2015 membuatkan netizen menyangka bahawa gambar yang dimuat naik itu adalah gambar lama.

Namun, sangkaan itu meleset apabila suaminya, Otto Gillen turut berkongsikan gambar itu.

Suami sokong

Gambar tersebut dikongsikan Otto menerusi story Instagramnya, menyatakan bahawa dia menyokong sepenuhnya keputusan Sarah.

I love @sarahhildebrand so much. And I fully support all of her personal decisions.

That is my one and ONLY response. Don’t message me,” tulis Otto.

Semoga terbuka hati

Menjengah ke ruangan komen foto itu, kebanyakan netizen seperti memahami ujian yang dilalui Sarah dan berharap agar pelakon tersebut tabah dalam menghadapi ujian tersebut.

Setiap individu ada ujian mereka yang tersendiri. Semoga Sarah bertabah dan dipermudahkan segala urusan.