Saiful Apek suatu ketika dahulu pernah menggegarkan industri hiburan ekoran kontroversi yang melanda dirinya.
Dia kini menjadi sebutan warganet apabila foto yang dia memuat naik di laman sosialnya menjadi persoalan.
Sudah Kahwin?
Menurut Gempak, Apek masih nekad untuk mengunci mulutnya mengenai khabar angin yang mendakwanya sudah berkahwin dengan seorang pelakon wanita sekitar September lalu.
Apek turut berkata pendiriannya itu demi menghormati dan menjaga hati pihak lain.
“Rasanya tak perlukan kesahihan apa-apa, saya sudah maklumkan akan beritahu kelak untuk kepastian. Buat masa sekarang saya tak boleh berikan sebarang kepastian lagi dan apa yang kami post di Instagram itulah yang boleh kami katakan.
“Saya tak boleh cakap lebih-lebih.Bukannya berahsia tetapi apa yang saya beritahu itu bukannya samar-samar pun tetapi saya nak menjaga hati pihak-pihak tertentu.
“Atas sebab itu juga saya menghormati dan saya minta doakan yang baik-baik. Insya-Allah dalam tahun ini juga saya akan beritahu (perkara sebenar),” katanya kepada Gempak.
Spekulasi mengenai perkahwinannya mula tercetus sejak September lalu apabila Apek dan seorang pelakon wanita berkongsi foto memakai baju sedondon di Instagram masing-masing.
Gimik?
Peminat yang teruja dengan posting tersebut rata-rata menulis ucapan tahniah dan menunggu penjelasan selanjutnya daripada mereka.
Namun, ada juga yang menganggap perkongsian foto tersebut sebahagian daripada gimik untuk naskhah terbaharu lakonan mereka berdua.
Menurut Gempak, Apek masih bersama isterinya, Roslina Abu Hassan apabila dia ditanya mengenai situasi rumah tangga mereka.
“Sebelum ini beberapa tahun lepas pernah tercetus katanya saya sudah berpisah dan tinggal berasingan, tapi itu semua fitnah dan tak benar! Status saya bukan duda, saya masih berkahwin.
“Jadi, mana-mana yang orang dengar tentang perpisahan itu sama sekali tidak benar.
“Nasihat saya bertanggungjawablah atas kata-kata masing-masing. Amalan paling mudah ialah memuliakan sesama manusia tak kira bangsa dan agama.
“Yang penting kita husnuzon dan istiqamah mendoakan yang baik-baik. Jadi berhati-hatilah dengan kata-kata,” katanya lagi kepada Gempak.
Apa-apa pun semoga yang terbaik sahaja buat Apek. Kita doa yang baik-baik je guys!