Oktober lalu Azwan Ali telah menggegarkan industri hiburan tanah air apabila dia telah membuat ‘comeback’ menerusi program ‘Lagu Cinta Kita’ Musim Ke-2 dengan mengacara program tersebut.
Namun semalam, dia kembali menjadi buah mulut netizen apabila dia dilihat menitiskan air mata ketika siaran itu sedang berlangsung.
Gagal Menahan Sebak
Ketika siaran langsung program tersebut, rakan hos Azwan di program itu, Elly Mazlein telah bertanya tentang persahabat yang telah lama terjalin antara Azwan bersama penyanyi, Ziana Zain.
Soalan tersebut telah mengundang air mata Azwan apabila dia menceritakan kembali persahabatan yang telah lama dicipta bersama Ziana Zain.
Sudah Lama Kenal
Azwan yang kelihatan sebak, mengakui sudah lama mengenali Ziana Zain.
“Ziana, saya kenal lama. Betul Ziana cakap tu, jangan judge kita. Jadi saya hormat Ziana sebagai kawan begitu lama. Saya minta maaf pada Pak Zain, Cik Robiah (Ibu bapa Ziana). Lama saya tak jumpa,” katanya dalam rancangan tersebut.
Pelantun Madah Berhelah itu turut hadir sebagai tetamu undangan dalam program tersebut.
Ziana turut mengulas yang orang di luar sana tidak kenal siapa Azwan Ali yang sebenarnya.
“Orang kalau tak kenal Diknon (panggilan manja Azwan), mereka tak kenal. Walaupun orang gosipkan saya dengan Diknon macam-macam tapi hubungan saya dengan dia, sahabat. Walaupun bertahun saya tak jumpa dia, saya selalu telefon dan bertanya khabar. Sahabat dan kawan itu adalah dua pengertian yang berbeza. Kena faham itu,” jelas Ziana.
Mengimbas kembali, Azwan dikatakan pernah menyimpan perasan terhadap Ziana suatu ketika dahulu namun tiada siapa yang tahu mengenai perihal dua figura ini.
Sebak juga dengar kisah Azwan dan Ziana ni ya. Apa-apa pun semoga persahabatan mereka akan kekal sampai bila-bila.