Industri hiburan tanah air dikejutkan dengan beberapa kontoversi ruman tangga artis tempatan Nadia Brian bersama suaminya Muizz Nasruddin.
Kemelut rumah tangga mereka dilihat tidak ada jalan penyelesaian sehingga hari ini.
Fail Penceraian
Menurut Gempak, Muizz akui telah tekad memfailkan penceraian terhadap isterinya Nadia kerana menyifatkan kecurangan yang dilakukan amat sukar dimaafkan olehnya.
Menurut Muizz, penceraian tersebut telah difailkan olehnya pada 2 Oktober 2020 dan tarikh pembicaraan yang sepatutnya dijadualkan pada 3 November, terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh baharu.
“Saya failkan di Mahkahamh Syariah Wilayah Persekutuan pada 2 Oktober 2020. Tarikh pembicaraan ditetapkan pada 3 November. Oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB, kes sebutan dan bicara ditangguhkan pada satu tarikh ditetapkan kelak.
“Saya nekad dengan keputusan kerana kecurangan yang dilakukan oleh isteri amat sukar untuk saya maafkan. Jikalau tak ceraikan dia, saya menjadi seorang suami yang dayus. Moga Allah lembutkan hati saya untuk maafkan perbuatannya,” katanya kepada Gempak.
Nampak Lelaki Di Hotel
Nadia dalam kenyataan media beberapa hari lalu, memberitahu semua tuduhan yang dilemparkan terhadapnya sebelum ini adalah fitnah.
Meurut Gempak lagi, Muizz dikatakan telah menyimpan beberapa bukti malah mendakwa melihat kecurangan itu di hadapan matanya sendiri.
“Ramai yang tanyakan tentang bukti-bukti-yang ada pada saya. Ikutkan hati, saya memang nak tunjuk. Oleh kerana kes ini masih siasatan polis. Saya serahkan kepada mereka.
“Saya telah membuat laporan polis pada 6 Oktober di Balai Polis Cyberjaya dan di IPD Sepang. Saya sendiri saksi dan nampak isteri saya bersama seorang lelaki di bilik hotel di Cyberjaya.
“Ada juga bukti atau kekurangan lain yang boleh membuktikan kebenaran daripada pihak saya untuk membuktikan mereka berdua menginap selama dua malam.
“Sekiranya siasatan telah selesai apa yang dilakukan lelaki ini merupakan satu kesalahan jenayah dan boleh dituduh di bawah seksyen 498 kanun keseksaan,” katanya lagi.
Bukan Fitnah
Muizz juga yakin apa yang dibuktikan nanti bukan fitnah semata-mata.
“Saya tak faham ‘fitnah’ apa yang dikatakan oleh isteri saya. Kenapa nak fitnah isteri saya sendiri? Kita baru berkahwin tak sampai setahun. Apa yang saya perolehi dari semua ini?
“Saya ada bukti yang secukupnya. Tapi yang paling penting, saya nampak dengan mata kepala saya sendiri.
“Saya telah menunjukkan bukti-bukti yang saya ada pada isteri dan keluarganya. Isteri pun mengaku kesilapannya pada saya.
“Adakah itu masih fitnah? Kenapa tidak nafikan kenyataan saya? Sudah sudahlah tu bermain ‘victim’ di social media untuk menunjukan yang saya ni jahat,” ujarnya lagi.
Tidak Berhasrat Aibkan Isteri
Kata Muizz kepada Gempak, dia tidak berhasrat untuk mengaibkan isterinya sendiri tetapi hanya mahu membersihkan nama dan maruah keluarganya.
“Saya tidak berhasrat untuk mengaibkan isteri, tetapi harus bersihkan nama dan maruah keluarga.
“Saya juga harap ini dapat menjadikan suatu pengajaran kepada mereka yang dicurangi kerana ada undang-undang yang boleh membantu kita.
“Saya ingin episode ini berakhir secepat mungkin supaya saya boleh meneruskan kehidupan,” jelasnya kepada Gempak.
Nampak berat juga kes ini ya. Apa-apa pun semoga kemelut ini dapat diselesaikan dengan baik oleh kedua-dua belah pihak