Kecoh di laman sosial apabila Alvin Chong di spekulasi sedang bercinta dengan anak kepada penyanyi Sharifah Zarina, yang dikenali sebagai Athalia.

Spekulasi tersebut muncul apabila tersebar video TikTok Athalia bersama Alvin yang dah beberapa kali membuat video bersama.

@alvinchong123

Be your own boss @officialathalia

♬ ay he ehm ICE but nagih – not me

Bawah umur

Hubungan mereka mendapat kecaman netizen apabila mengetahui bahawa Athalia adalah remaja yang baru berumur 17 tahun manakala Alvin pula 29 tahun.

Perbezaan umur yang sangat ketara, ditambah pula Athalia masih lagi bersekolah dan dianggap bawah umur, membuatkan segelintir netizen menuduh Alvin sebagai ‘pedophile’ atau pedofilia.

Tapi ada juga yang memberi pendapat bahawa tiada masalah pun kalau mereka bersama kerana itu adalah urusan mereka.

Untuk kempen?

Namun, menerusi komen di TikTok, Athalia memberitahu bahawa mereka tiada hubungan apa-apa melainkan sebagai kawan sahaja dan mereka berjumpa atas dasar kerja untuk satu kempen akan datang.

Apa pun, tak salah kalau nak berkawan, betul tak?