Model dan pelakon Alicia Amin sering kali menjadi perhatian netizen disebabkan kerap berpenampilan seksi di laman sosial.

Dan pada 14 Februari, dirinya lagi sekali menjadi tumpuan tetapi kali ini, bukan kerana penampilan seksinya.

Dah kahwin!

Alicia Amin menerusi Instagramnya pada 14 Februari telah memuat naik satu foto yang memberi kejutan kepada orang ramai.

Alicia yang berpenampilan hijab putih di samping seorang lelaki telah mendapat perhatian rata-rata netizen kerana diumumkan bahawa mereka telah pun berkahwin.

“Hard Valentines gift to top @zan_far,” tulisnya sebagai kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja dengan berita gembira tersebut dan mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin baru itu.

Malah, rakan-rakan artis juga tidak ketinggalan untuk menulis ucapan tahniah kepada mereka. Tapi, dalam ucapan-ucapan yang menggembirakan itu, ada juga segelintir netizen yang meninggalkan komen yang tak sepatutnya.

Tak kecil hati

Walaubagaimanapun, Alicia dikatakan tidak berkecil hati dengan komen segelintir netizen yang mengatakannya sebagai pelacur yang berkahwin dengan seorang doktor.

Menerusi laporan Gempak, Alicia mengingatkan untuk tidak sesekali melontar sebarang pendapat tidak berasas kepada wanita.

“Kalau betul pun seorang ‘pelacur; atau pekerja seks itu nak berkahwin dengan doktor, ada jodoh biarlah. Tapi apa yang lebih serius di sini, jangan gunakan istilah misoginistik atau bersikap prejudis untuk cuba menjatuhkan orang lain. Kalau tak suka tengok, keep walking,” jelasnya.

Tambah Alicia, suaminya turut membaca komen tersebut dan menganggap perkara itu sebagai jenaka semata.

Ikut SOP

Alicia atau nama sebenar Raja Alicia Raja Amin, 26 selamat disatukan dengan jejaka pilihannya yang juga seorang doktor, Farzan Iqbal, 27, di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Diwalikan oleh bapanya, Raja Amin Raja Mokhtar, Alicia sah bergelar isteri dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan tersebut berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan hanya dihadiri enam orang iaitu keluarga terdekat.