Siapa je tak kenal dengan pasangan Aliff Aziz dan Bella Astilah yang dulunya pernah beberapa kali kecoh dalam dunia hiburan disebabkan kemelut rumah tangga mereka.
Namun, rumah tangga yang hampir roboh dulu kini sepertinya telah kembali teguh dengan kehadiran cahaya mata kedua mereka dan kepulangan Aliff Aziz di sisi keluarganya.
9 Bulan
Bella, menerusi laman Instagramnya, telah memuat naik sepotong video pendek yang mempamerkan suaminya yang sudah kembali ke pangkuan keluarganya pada petang 21 Disember.
Bella turut meluahkan rasa syukurnya terhadap kepulangan Aliff melalui penulisannya di kapsyen.
“Alhamdulillah, reunited,” tulisnya pendek berserta tanda pagar #After9months.
Dah kuarantin
Difahamkan sebelum Aliff pulang ke rumah mereka, pelakon tersebut telah pun menjalani proses kuarantin yang ditetapkan terlebih dahulu.
Sebelum ini, Aliff terpaksa berpisah dengan keluarganya oleh kerana penularan wabak Covid-19, menyebabkan Bella untuk menjalani proses kehamilan, bersalin dan berpantang secara bersendirian.
Rasa sebak pulak tengok video Bella tu. Apa pun, kepulangan Aliff ini adalah satu berita gembira buat keluarga Bella. Akhirnya keluarga Aliff-Bella sudah lengkap!