Sebagai seorang menteri, setiap pergerakan dan lawatan mesti menarik perhatian akhbar tempatan dan rakyat marhaen. Sejak dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, banyak kali juga Zuraida Kamaruddin masuk muka depan akhbar.
Ahli politik yang buat hal waktu pandemik ini sudah pasti akan dikecam dengan teruk, lagi-lagi kalau melibatkan aktiviti yang melanggar peraturan perintah kawalan pergerakkan (PKP)
Membazir peralatan
Semasa operasi sanitasi kawasan dijalankan, Zuraida mengambil peluang dan menyertai pihak kesihatan sambil memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE) yang serba lengkap walaupun beliau tiada kena-mengena dengan aktiviti tersebut.
Sepatutnya tidak perlu menggunakan sut PPE yang lengkap, sebab semua peralatan ini boleh digunakan untuk membantu petugas barisan hadapan kita yang setiap hari terdedah kepada risiko ketika merawat pesakit.
Jangan cari publisiti
Sekarang jelas bukan masanya untuk tunjuk baik dan cuba untuk mengambil hati rakyat dengan menghadiri aktiviti-aktiviti pencegahan wabak berbahaya ini, malah seorang menteri tidak patut membuang masa dan berhimpun kerana semua diperintah untuk duduk di rumah sahaja.
Ada petugas yang guna plastik sampah sahaja untuk merawat pesakit, jadi sebaiknya semua orang memainkan peranan masing-masing dan menyokong pejuang barisan hadapan dari rumah, lebih-lebih lagi menteri tidak mahu dikecam.