Netizen cepat betul nak menyerang kalau ada artis berpakaian terlampau seksi. Macam yang kena oleh Pelakon Sharifah Sakinah baru-baru ini, apabila dia mengundang kecaman netizen sebab ‘membelanja’ gambar mencolok mata selepas bersenam.
Upload gambar lepas bersenam
Penampilannya yang hanya memakai pakaian senaman (sport bra) berwarna hitam dengan posing mencekak pinggang telah dimuat naik menerusi laman Instagramnya.
“It’s a wrap! Esok cuti,” tulisnya sebagai kapsyen.
Ruangan komen hantaran tersebut telah dibanjiri dengan komen-komen netizen, yang rata-ratanya berbunyi negatif. Namun begitu, Sakinah tidak berdiam diri dan tampil mempertahankan dirinya dengan membalas komen-komen tersebut.
PU Syed menegur
Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri turut tampil dan memberi teguran mengenai isu pemakaian Sharifah Sakinah menerusi satu ‘surat terbuka’ yang dimuat naik menerusi laman Instagramnya.
Kata PU Syed, dia sebelum ini pernah menegur Sakinah dalam isu yang serupa pada 12 Januari 2019 lalu namun, berkemungkinan pelakon tersebut tidak sempat membacanya.
“Kali ini saya mesej sekali lagi secara terbuka untuk pedoman bersama.
“Puan Sharifah Sakinah mempunyai seramai 2.4 juta pengikut di IG. Saya ingin tegur perbuatan puan, sekali gus dapat menegur followers puan yang ramai itu kerana pasti akan ada yang terikut dengan gaya hidup puan ini.
“Islam menggariskan adab berpakaian, bagi seorang Muslim dan Muslimah, ini pasti pernah dipelajari semasa belajar dalam subjek pendidikan islam di sekolah rendah dan menengah, namun apa yg puan pertontonkan padd khalayak adalah suatu yang membawa kepada dosa.
“Sekalipun hidup kita ini bebas namun, bagi umat Islam ada batas yang tak boleh dilangkaui serta dilanggari,” jelasnya.
Tambah PU Syed lagi, belum terlambat untuk Sakinah menunjukkan sesuatu yang baik untuk pengikutnya di Instagram.
“Puan Sharifah Sakinah, ingatlah, kita daripada keturunan yang mulia, dari nasab yang mulia, maka perlu saya menegur untuk puan kembali ke atas jalan yang sebenarnya. Inilah cara kita sesama saudara untuk menyelamatkan saudaranya daripada terus hanyut dalam mehnah dan ujian duniawi,” tulisnya.
Harapnya Sharifah Sakinah terima teguran PU Syed dengan hati yang terbuka. Apa pun, doa yang baik-baik je untuk Sharifah Sakinah.