Setiap manusia diberi peluang untuk berubah menjadi yang lebih baik.
Jadi, apabila pelakon, Hannah Delisha memuat naik sekeping foto dengan penampilan terbarunya, rata-rata netizen meraikan perubahan tersebut.
“Bismillah”
Menerusi laman Instagramnya, Hannah memuat naik sekeping gambar yang mempamerkan dirinya berhijab.
“Bismillah,” tulis Hannah dengan ringkas sebagai kapsyen.
Berikutan dengan foto tersebut, ramai yang membanjiri ruang komen dengan kata-kata positif dan rakan-rakan artisnya juga mengambil kesempatan untuk meraikan perubahannya itu.
Ada niat sejak Ramadhan dulu
Memetik laporan BH Online, Hannah mengatakan bahawa dia sudah memasang niat untuk memakai hijab sejak Ramadhan lalu tetapi disebabkan masih terikat dengan komitmen drama Cinta Sekali Lagi, niatnya terpaksa ditangguhkan dulu.
Tambahnya lagi, dia sudah mula memakai hijab sejak empat hari yang lepas (3 September 2020) namun baru berkongsikan berita penghijrahan menerusi media sosial semalam (7 September 2020).
Rasa Tenang
Ulas Hannah, sejak memakai hijab, jiwanya kini lebih tenang.
“Saya hanya menunaikan tanggungjawab kepada Allah SWT. Dalam hidup, kena sentiasa berubah dan memperbaiki kekurangan diri.
“Saya mahu menjadi muslimah yang baik. Insya-Allah,” ujarnya.
Bukan sebab nak kahwin
Hannah juga menafikan spekulasi bahawa dia berubah kerana mahu berkahwin.
“Tidak… Saya bertudung bukan sebab mahu kahwin,” jelasnya.
Alhamdulillah, semoga perjalanan hijrah Hannah Delisha dipermudahkan.