Animasi tempatan Upin & Ipin yang menjadi kebanggaan negara, telah mendapat pandangan negatif daripada netizen.

Baru-baru ni, Les’ Copaque, rumah produksi Upin & Ipin, telah memuat naik sebuah muzik video terbaru animasi tersebut bertajuk Goyang Upin & Ipin pada 3 Ogos 2020.

Dari: Twitter

Pakar Motivasi Mempersoalkan

Walaupun video tersebut telah mendapat jutaan penonton, tidak bermakna ia mendapat penerimaan yang baik daripada orang ramai.

Salah seorang daripadanya adalah pakar motivasi, Akhi Fairuz Al-Jengkawi yang memberi komen dan mempersoalkan tindakan syarikat produksi animasi itu dalam melancarkan muzik video berkenaan.

“Saya tak faham kenapa @lescopaque mempromosi budaya gelek dan dangdut kepada kanak-kanak. Banyak lagi tarian di nusantara ni yang lebih sopan dan berbudaya,” tulisnya melalui laman Twitternya.

Dari: Twitter

Menarik Golongan Pedophilia

Pakar motivasi itu turut meluahkan rasa kesalnya apabila video berkenaan telah viral di Tik Tok.

Dia juga menzahirkan kerisaunya kepada kanak-kanak dan keselamatan mereka apabila video kanak-kanak bergelek di kongsikan di laman media sosial, sekali gus akan menarik golongan pedophilia untuk menyimpan video tersebut.

Beberapa netizen juga bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh pakar motivasi itu.

Imej dari: Cari

Ada betulnya juga pendapat Akhi Fairuz ni. Memang bagi pandangan orang normal, video tu tak nampak seksi pun tapi bagi pandangan orang golongan pedophilia ni, tu yang bahayanya.

Apa-apa pun, harapnya Les’ Copaque janganlah koyak dan mempertimbangkanlah pandangan netizen ni.