Belum reda lagi daripada kontroversi yang lama, Fara Mendoza kini dihimpit dengan kontroversi terbaru.
Kes pelacuran VVIP
Fara menyifatkan dakwaan sesetengah pihak mengatakan dia terlibat dalam kes pelacuran VVIP yang sedang hangat ini adalah tidak berasas.
Menurut Astro Gempak, Fara hanya mampu tergelak apabila ramai yang menuduh dia terlibat dengan kegiatan haram tersebut.
“Bagi pilihan jadi wanita belaan pun saya tak nak, inikan buat kerja murahan.
“Fikir logik lah, kalau saya buat keja tu, buat apa saya post pasal kerja-kerja saya di Instagram?
“Tak payah la saya jual kerepek, tak payah jual produk orang, buat review.
“Tak payah tukar-tukar baju solek tebal-tebal untuk buat promosi setiap hari. Tak perlu juga nak jadi ‘bigo star’ kena live ikut task setiap bulan,” katanya kepada Gempak.
Hidup mewah
Tambah Fara, jika benarlah yang dia terlibat dengan sindiket tersebut, sudah pastinya dia akan hidup mewah.
Dia juga mendakwa yang dia tak perlu lagi bekerja macam sekarang jika tuduhan tersebut itu betul.
“Untuk apa nak buat video review hari-hari kalau dah buat job tidur RM30,000-RM40,000 satu malam?
“Pergh mewah sangat tu, kalau betul saya buat kerja tu, saya hanya perlu menayang semua aset-aset mewah tanpa bukti bekerja.
“Ada ke? Ada nampak?” katanya.
Tempias yang sama
Bukan sahaja Fara yang kena, ramai lagi artis yang kena tuduhan tidak berasas netizen ni.
Hal ini terjadi disebabkan sebuah akhbar tempatan melaporkan terdapat aktiviti pelacuran dalam kalangan selebriti yang mampu meraih pendapatan lumayan.
Haish netizen ni tak habis-habis nak tuduh walaupon taka da bukti yang kukuh. Semoga Fara tidak terlalu memikirkan tuduhan tidak berasas netizen ni.