Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen kini semakin mendapat perhatian media dan juga warganet kerana penglibatannya dalam sebuah drama yang diterbitkan oleh sebuah stesen TV tempatan.
Semalam, dia kembali menarik tumpuan warganet kerana ciapannya di Twitter serta beberapa keping foto yang di kongsi di Instagram (IG) miliknya
Sudah Berpunya?
Perkongsian Cik B di Twitter dan IG telah membuatkan ramai tertanya adakah dia benar-benar sudah berpunya serta sedang dilamun cinta.
Mana tidaknya, kapsyen nya di IG ‘with my fav person’ itu telah mengejutkan peminat-peminatnya.
Difahamkan, lelaki berkenaan merupakan pelakon drama yang turut dibintangi oleh Cik B iaitu ‘Lelaki Lingkungan Cinta’, Aniq Suhair.
Tambahan pula, tweet dan post IG Cik B seperti menguatkan lagi gossip liar tersebut apabila masing-masing mempamerkan kelakuan romantik.
Reaksi Netizen
Rata-rata netizen terkejut dengan apa yang Cik B memuat naik namun mereka tetap mengucapkan tahniah kepadanya serta turut mempersoalkan perkara itu benar atau tidak.
Ada juga yang sempat bergurau dan meluahkan perasaan mereka keran Cik B sudah berpunya.
“Rasanya dah cukup kot show off ni cik b, tak fikir ke perasaan orang single? Kita orang punya single ni smpai cik b dah ade boyfriend,” usik warganet menerusi ciapannya.
“Lepas tu saya yang single ni kena buat apa?,” ujar seorang warganet.
“Nak tau tak apa yang tak berubah? dari cik B single sampai ke taken, saya masih single,” kata seorang wargamaya.
Hanya Untuk Pegambaran
Ada juga segelintir netizen yang memberi komen bahawa ciapan serta posting daripada kedua-dua mereka hanya untuk tujuan promosi drama mereka sahaja.
“Aku rasa tu marketing je untuk naikkan views cerita dorang tu,” ujar seorang warganet
Namun, Cik B juga dilihat tidak memberi sebarang reaksi terhadap komen serta ciapan tersebut.
Amboi Cik B, bukan main ye sekarang. Tidak kira lah untuk promosi atau apa sekali pun, semoga Cik B terus sukses ya, nak-nak sekarang dah begelar pelakon kan.